ABOUT US! PENGENALAN PENGASAS DAN TEAM AURA BUSANA.(BAHAGIAN 2)
Masuk tahun 2015, Aura telah mula menjual pakaian lelaki lalu nama Aura Busana Muslimah telah ditukar kepada Aura Busana. Masa ni kami mula jual jubah lelaki sebab banyak sangat permintaan, prospek lebih luas dan antara sebabnya juga baju perempuan dah banyak sangat saingan. Lagipun pertukaran fesyen dah terlalu laju. Tak sempat satu fesyen dah viral fesyen lain. Siapa yang selalu shopping baju mungkin akan ingat zaman viral abaya, lepas tu umbrella abaya, lepas tu tukar pada fesyen fishtail. Tak sempat apa, keluar pula peplum. Kemudian diikuti pula dengan mini kurung, princess dress dan macam-macam lagi. Sekarang, dah banyak sangat fesyen dan rekaan yang tak ada nama pun..haha
Mula-mula jual jubah lelaki pun kami jual barang orang dulu. Beli borong, lepas tu jual. Borong lagi, jual. Masa ni ulang alik ambik stok. Dah siap ambik stok, bawak balik untuk distribute pula. Sama juga macam baju perempuan, baju lelaki pun kami perlu gosok sehelai demi sehelai untuk ambik gambar masuk dalam Facebook page.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, baru lah Aura mampu untuk keluarkan jenama sendiri.
Jadi sekarang baju perempuan ada, lelaki pun ada. Kedua-duanya jenama Aura.
Cabaran untuk jubah lelaki ni pula, berkaitan dengan tukang jahit. Alhamdulillah order semua siap, kuantiti cukup. Tapi mesti akan ada sikit slack. Mana-mana design yang kami minta, tukang jahit akan tukar sikit. Tak akan sama 100% macam yang kami minta. Kadang ukurannya lain, kadang dia design lain. Ada yang warna lain-lain, butang/zip lain-lain.. Ya Allah, kami pun tak faham kenapa tukang jahit buat macam tu. Apapun sebab benda dah siap, kami pun terpaksa hadap je lah..haha..kelakar pula bila teringat.
Masa ni pun Aura dah mula dapat permintaan dari orang ramai untuk jadi dropship. Ada juga yang nak jadi ejen. Tapi disebabkan produk kami pelbagai, agak rumit sebenarnya untuk ambil ejen atau stokis. Jadi kami pun setuju untuk ambil dropship dulu.
Sikit-sikit kami upgrade barang dalam aura. Dulu ambik gambar baju di badan patung plastik. Sekarang kami dah ada patung yang ada kepala, tangan dan kaki. Supaya gambar dan produk boleh display cantik-cantik. Abah tambah lampu, kuatkan lagi railing dan stand baju. Beli rak sebab produk dah semakin banyak…
Bila produk dah banyak, kedai pula dah tak muat. Kalau masuk Syaaban dan Ramadhan tu, memang sampai pelanggan berhimpit-himpit nak beli baju raya. Ada juga yang fed up, masuk kedai terus keluar balik. Tunggu kat luar je..Hahaha.. sepatutnya kedai tutup pukul 6pm, tapi disebabkan sempit dan ramai orang, 7.30 baru tutup..Allah..dah maghrib baru tutup kedai.
Apapun ia tetap menjadi kenangan manis.
Bila jadi macam ni, abah kata kita renovate lah kedai kita. Tapi…
bersambung….
baca artikel About Us bahagian 1 di –> sini!
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.