PENGETAHUAN ASAS UNTUK BERSAFAR (EDISI LENGKAP)

Safar adalah keluar dari tempat tinggal untuk melakukan perjalanan yang jauh. Dalam Islam, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diketahui ketika bersafar supaya tidak menyebabkan sembahyang jamak qosor yg ditunaikan tidak sah.

1)Sembahyang yang boleh diqasarkan ketika safar:

           

         a)Sembahyang RUBA’I ( 4 rakaat) iaitu Zohor,

              Asar dan Isyak.

         b)Sembahyang yang dilakukan adalah

              TUNAI bukan faitah(smbahyang tertinggal).

                

  Contoh: Ahmad tertinggal sembahyang Zohor

                 ketika berada di rumah.Keesokannya,

                 ketika safarnya untuk pulang ke kampung

                 dia nak qodho’ semula sembahyang Zohr

                 yang dia tinggal semalam, maka dia

                 wajib sembahyang qodho’ Zohor dalam

                 keadaan Tamam(sempurna)

         p/s:Kalau nak qodho’ sembahyang yg

                tertinggal ketika safar,maka pendapat yg

                Azhar dlam Mazhab Imam Syafie’ berkata

                “boleh qosor sembahyang tersebut ketika

                safar sahaja,ketika waktu bermuqim wajib

                sembahyang qodho’ sempurna”

                 

                         

         c)Sembahyang tersebut dilakukan pada safar

             MUBAH (yakni bukan perjalanan yang

             didasari niat melakukan maksiat)

         d)Jauh perjalanan dgn 2 MARHALAH atau

             lebih(80.64 KM atau perjalanan sehari

             semalam)

2)Jika seseorang mulakan safar dikampung maka

   safarnya bermula daripada sempadan kampung

   tersebut.

   Contoh:Ali mulakan perjalanan untuk pulang ke

              Kelantan di Kampung A( di Selangor) maka   

              safarnya bermula selepas sempadan

              kampung  tersebut dan dia boleh

              sembahyang qosor di kampung B(kampg

              sebelah)

      p/s: Safar bukan bermula selepas 2 marhalah

              perjalanan.

3)Terputus/habis safar seseorang apabila niat

bermuqim 4 hari atau lebih di suatu tempat.

Bermuqim tidak termasuk hari pergi dan pulang.

Contoh:Abu merancang untuk ke Penang selama

               7 hari bermula hari Isnin hingga Ahad.Hari

               Isnin adalah hari pergi dan Sabtu adalah

               hari pulang.Di situasi ini Abu tidak boleh

               sembahyang qosor kerana dia bermuqim

               di Penang selama 5 hari.

      p/s:Kalau bermuqim kurang daripada 4 hari ( 3

             hari 3 malam) maka tidak putus safarnya.

4)Jika seseorang yang bermusafir, bermuqim dalam

suatu bandar atau kampung kerana suatu

kesibukan sedangkan niatnya ialah dia akan

beredar apabila hajatnya selesai pada bila bila

masa, maka dibenarkan untuknya menunaikan

solat qosor selama 18 HARI sahaja mengikut

pendapat yang Asah dalam Mazhab Imam Syafie’.

       p/s:Tetapi jika dia yakin pada mula mula

              sampai ke tempat tersebut bahawa

              urusannya mengambil masa lbih 3 hari

              maka dia tidak dibenarkan solat qosor.

 

 

*CARA SEMBAHYANG JAMAK QOSOR

#Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor & Asar)

1)Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Ertinya:Sahaja aku solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar dihimpunkan solat Asar tunai kerana Allah Ta’ala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang tunai ialah solat Zuhur)

2)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

3)Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

p/s:Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan

4)Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu Asar:

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Ertinya:Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar kerana Allah Ta’ala

5)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

6)Kerjakan solat fardhu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

#Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)

1)Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Ertinya:Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya tunai  kerana Allah Taala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang lafaz niat tunai ialah Maghrib)

2)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

3)Kerjakan solat fardhu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

p/s:Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan

4)Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu Isyak:

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.

5)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

6)Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

#Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)

p/s:Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi

1)Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

أصلي فرض العصر قصرا ركعتين جمع تأخير لله تعالى

Ertinya:Sahaja aku sembahyang fardhu Asar qosor 2 rakaat jamak takhir kerana Allah Ta’ala

2)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

3)Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

p/s:Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan

4)Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu zohor:

أصلي فرض الظهر قصرا ركعتين جمع تأخير لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

5)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

6)Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

#Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isya’)

p/s:Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi

 

1)Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

أصلي فرض العشاء قصرا جمع تأخير لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

2)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

3)Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

p/s:Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan

4)Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib:

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات جمع تأخير لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

5)Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas

6)Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

 

 

 

Semuga penerangan di atas memudahkan kita untuk menjalani tanggungjawab kita sebagai hamba Allah..

Sumber:-Kitab Kanz ul-Ghoribin karangan Imam

             Nawawi.(Bab Solat Musafir)

            -Laman Web mysumber.com

 

Leave a Comment

Shopping Cart
Scroll to Top