Kisah Aura Busana bermula apabila Cikgu Roslani dan isteri beliau mula mencari perniagaan yang boleh diteruskan anak-anak mereka yang berlatarbelakang pengajian agama. Disebabkan kebanyakan anak-anak beliau perempuan, model bisnes tersebut mestilah sebuah bisnes yang tidak memerlukan tenaga dan kerja di luar rumah dengan banyak.
Setelah begitu banyak percubaan, lahirlah Aura Busana (ketika itu dikenali sebagai Aura Busana Muslimah), sebuah butik jubah wanita online yang pesat beroperasi di Facebook. Nah, sebuah perniagaan yang memang memerlukan tenaga dan kerja di luar rumah yang minimal bukan?
Kini usaha Cikgu dan isteri dibantu anak-anak mereka yang sudah selesai pengajian, berkerjaya dan berkeluarga.
Kini setelah satu dekad, Aura Busana telah berkembang dari hanya pemborong pakaian fesyen Muslimah kepada pembuat pakaian lelaki dan wanita.
Disebabkan cinta mereka kepada cara hidup Islam dan juga sebagai pemakai dan pengguna pakaian fesyen Muslim sendiri, pegangan mereka tak pernah berubah iaitu keutamaan pada setiap helai pakaian adalah sentiasa pada kualiti dan keselesaan.
Berbekalkan semangat untuk menjadikan fesyen Muslim pakaian yang diamalkan masyarakat Islam seluruh dunia, sehingga ke hari ini Aura Busana giat menghasilkan pakaian Muslim yang cantik, kemas, selesa dan mampu dimiliki oleh semua.