4 PENGETAHUAN ASAS UNTUK BERSAFAR  

Safar adalah keluar dari tempat tinggal untuk melakukan perjalanan yang jauh. Dalam Islam, 

ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diketahui ketika bersafar supaya tidak menyebabkan sembahyang jamak qosor yg ditunaikan tidak sah.

 

 

1)Sembahyang yang boleh diqasarkan ketika safar:

            

            a)Sembahyang RUBA’I ( 4 rakaat) iaitu Zohor, 

                 Asar dan Isyak.

            b)Sembahyang yang dilakukan adalah 

                 TUNAI bukan faitah(smbahyang tertinggal).

                 

     Contoh: Ahmad tertinggal sembahyang Zohor

                    ketika berada di rumah.Keesokannya,

                    ketika safarnya untuk pulang ke kampung

                    dia nak qodho’ semula sembahyang Zohr 

                    yang dia tinggal semalam, maka dia

                    wajib sembahyang qodho’ Zohor dalam

                    keadaan Tamam(sempurna)

 

            p/s:Kalau nak qodho’ sembahyang yg 

                   tertinggal ketika safar,maka pendapat yg 

                   Azhar dlam Mazhab Imam Syafie’ berkata 

                   “boleh qosor sembahyang tersebut ketika 

                   safar sahaja,ketika waktu bermuqim wajib 

                   sembahyang qodho’ sempurna”

                  

                          

            c)Sembahyang tersebut dilakukan pada safar 

                MUBAH (yakni bukan perjalanan yang 

                didasari niat melakukan maksiat)

            d)Jauh perjalanan dgn 2 MARHALAH atau 

                lebih(80.64 KM atau perjalanan sehari

                semalam)

 

 

2)Jika seseorang mulakan safar dikampung maka

   safarnya bermula daripada sempadan kampung 

   tersebut.

 

   Contoh:Ali mulakan perjalanan untuk pulang ke 

                 Kelantan di Kampung A (Selangor) maka safarnya 

                 bermula selepas sempadan kampung 

                 tersebut dan dia boleh sembahyang qosor 

                 di kampung B( kampung sebelah) .

 

         p/s: Safar bukan bermula selepas 2 marhalah 

                 perjalanan.

 

 

3)Terputus/habis safar seseorang apabila niat 

    bermuqim 4 hari atau lebih di suatu tempat.

    Bermuqim tidak termasuk hari pergi dan pulang.

 

    Contoh:Abu merancang untuk ke Penang selama 

                  7 hari bermula hari Isnin hingga Ahad.Hari

                  Isnin adalah hari pergi dan Sabtu adalah 

                  hari pulang.Di situasi ini Abu tidak boleh

                  sembahyang qosor kerana dia bermuqim 

                  di Penang selama 5 hari.

 

         p/s:Kalau bermuqim kurang daripada 4 hari ( 3 

                hari 3 malam) maka tidak putus safarnya.

 

 

4)Jika seseorang yang bermusafir, bermuqim dalam 

    suatu bandar atau kampung kerana suatu 

    kesibukan sedangkan niatnya ialah dia akan 

    beredar apabila hajatnya selesai pada bila bila

    masa, maka dibenarkan untuknya menunaikan 

    solat qosor selama 18 HARI sahaja mengikut 

    pendapat yang Asah dalam Mazhab Imam Syafie’.

 

 

          p/s:Tetapi jika dia yakin pada mula mula 

                 sampai ke tempat tersebut bahawa 

                 urusannya mengambil masa lbih 3 hari 

                 maka dia tidak dibenarkan solat qosor.

 

Semuga penerangan di atas memudahkan kita untuk menjalani tanggungjawab kita sebagai hamba Allah..  

 

Sumber:Kitab Kanz ul-Ghoribin karangan Imam 

               Nawawi.(Bab Solat Musafir)

 

Leave a Comment

Shopping Cart
Scroll to Top