Pernahkah anda mendengar peribahasa inggeris ‘The more you give the more you get’ atau ‘What goes around comes around’?
Pastinya ramai yang tahu kan? Tetapi pernahkah kita merenung dan mendalami akan maknanya kemudian beramal dengan pepatah tersebut?
Rasulullah SAW juga pernah bersabda mafhumnya :
Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Maksud tangan yang di atas ialah tangan yang memberi sedangkan tangan yang di bawah adalah tangan yang menerima. Jadi banyakkanlah memberi walaupun sedikit kerana Allah Taala tidak mengukur apa dan berapa banyak yang kita beri, tetapi melalui keikhlasan.
Sabda Nabi SAW “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu”
1) KELEBIHAN PERTAMA : SEDEKAH AKAN MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH DAN ASBAB HUSNUL KHATIMAH.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan kemurkaan Allah dan akan menyebabkan kematian yang baik.”
Sebagai seorang hamba kita tidak lari dari kesalahan dan terkadang mungkin ada dosa yang dilakukan tanpa sedar atau kerana terlupa. jadi dengan memperbanyakkan sedekah, sedikit demi sedikit akan memadamkan kemurkaan Allah Taala terhadap kita.
2) KELEBIHAN KEDUA : SEDEKAH YANG SEDIKIT, PAHALA BANYAK 
Allah SWT berfirman di dalam surah Al An’am “Barangsiapa yang membuat kebajikan, maka baginya pahala 10 kali ganda”.
Ambillah peluang dalam kehidupan kita untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda walaupun dengan amalan yang sedikit.
3) KELEBIHAN KETIGA : RASULULLAH MENGGALAKKAN SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda “Takutlah kamu akan azab neraka walaupun dengan sedekah setengah biji kurma.”
Sabda baginda lagi “Apabila seseorang mengeluarkan belanja untuk nafkah ahli keluarganya, dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, maka dengan perbelanjaan itu dia akan mendapat pahala sedekah.”
4) KELEBIHAN KEEMPAT : SEDEKAH ADALAH PENAWAR
SAbda Rasulullah SAW : “Ubati lah orang yang sakit dikalangan kalian dengan sedekah”.
Sedekah bukan sahaja penawar bagi penyakit jasmani, tetapi ia juga adalah penawar bagi hati yang berpenyakit dan kotor. Dengan sedekah, ia akan mencuci dan membersihkan hati seseorang daripada sifat sombong, takabbur dan riak.
Sabda baginda SAW “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takabbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
5) KELEBIHAN KELIMA : SEDEKAH ADALAH PINTU REZEKI
Setelah mengecapi penawar, datang pula rezeki Allah dalam keadaan melimpah ruah. Mereka yang ringan tangan dalam menghulur pasti akan merasai manisnya bersedekah kerana sedekah akan menjemput rezeki yang tidak pernah kita sangka.
di dalam surah At Talaq Allah SWT berfirman : “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan padanya jalan ke luar dari kesusahan dan diberikanNya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah mengadakan keperluan bagi tiap-tiap sesuatu.”
HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN
klik sini untuk artikel kelebihan membaca surah Al Waqiah!
Tuliskan komen dan pendapat anda mengenai sedekah & kongsikan artikel ini bersama rakan taulan!
Add comment
You must be logged in to post a comment.