Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh
Untuk artikel saya yang pertama ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang bagaimana cara untuk menjadi cantik
dengan penggunaan yogurt asli.
Yogurt merupakan makanan yang sihat dan lazat, di dalamnya terdapat multi-vitamin penting yang baik untuk kesihatan.
Kandungan asid laktik dan zinc dalam yogurt sangat bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan kulit.
Konon dahulu kala Ratu Cleopatra yang cantik sering mandi dengan yogurt untuk menjaga kulitnya agar kekal awet muda.
Hanya dengan melakukan urutan dengan yogurt pada kulit secara berjadual, dapat membantu anda:
1- Menanggalkan sel kulit mati
2- Mengurangkan garis-garis halus
3- Mengetatkan liang-liang
4- Melembabkan kulit yang kering
5- Membuat kulit tampil lebih cerah dan bersinar (GLOWING ~)
Tapi hati-hati, jangan sampai tersilap!
Gunakan plain yogurt (yogurt yang tiada tambahan perisa seperti gula/ pati buah/ perisa lain) kerana jika anda gunakan yogurt yang sudah dicampur perisa, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit, ruam, dan bagi mereka yang bermasalah jerawat boleh jadi lebih teruk!
Saya gunakan yogurt Dutch Lady atau MariGold. Inshaa Allah yogurt yang biasa dijual di pasaraya tu selamat digunakan. Yang penting asli ya, jangan ambil strawberry pula.
Untuk pengetahuan anda semua, semakin tinggi kandungan asid laktik dan zinc di dalam yoghurt, semakin bagus efeknya dalam proses peremajaan kulit.
Dalam post saya yang akan datang, saya akan kongsikan cara mengaplikasi yogurt untuk kecantikan kulit anda.
Terima kasih!
2 comments
Omar Roslani
Mana post yang kata nak datang tu cek oi?
Sekian,
Terima kasih.
Sakinah
Hihi