Untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat kita hendaklah mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, diantaranya menggunakan
anggota kanan dalam mengerjakan kerja-kerja seharian kita.
Apabila perbuatan dilakukan dengan mengikut sunnah, walaupun dilihat seperti perkara yang kecil dan remeh akan tetapi pelakunya akan diganjarkan begitu besar sekali disisi Allah S.W.T.
Dalam kerja seharian kita seperti memasak, memakai baju, menyuapkan makanan kepada anak, mencedok nasi dan menuang air dengan mengikuti cara sunnah, tanpa kita sedari aktiviti seharian yang kita lakukan akan berpanjangan dalam keberkatan Allah S.W.T.
Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu Anha berkata:
“ Rasulullah S.A.W begitu suka mendahulukan anggota kanan daripada anggota yang kiri
ketika memakai kasut, menyikat rambut, berwudhu’, dan dalam semua urusan baginda yang mulia.”
Imam an-Nawawi Rahimahullah mengatakan “Menjadi kaedah dalam syariat bahawasanya disunnahkan memulakan perbuatan dengan anggota kanan dalam semua urusan yang berkaitan dengan kemuliaan dan keindahan.”
Add comment
You must be logged in to post a comment.