5 TIPS MUDAH DAN MURAH UNTUK KULIT MUKA YANG SIHAT
Korang nak tak tips-tips untuk jadi cantik? Tak kiralah samada lelaki mahupun wanita, muda atau tua, kanak-kanak atau dewasa, semuanya mahukan kulit muka yang sihat dan berseri. Ramai yang tersilap langkah nak dapat kulit muka yang sihat, mereka menyangka kulit muka yang sihat diukur dari putihnya kulit seseorang, atau alatan mekap yang digunakan. Ataupun ada juga yang melihat dari segi harga dan jenama!
Perkara yang paling penting untuk kita faham, untuk mendapat kulit muka yang sihat bukan sahaja dari luaran tetapi juga dalaman. Ramai yang tidak menghiraukan kesihatan kulit dari dalam dan hanya tumpu pada luaran sahaja.
Bagi mereka yang ingin kulit muka yang sihat dan tanpa kos yang tinggi, amalkan tip-tip di bawah!
1) BANYAKKAN MINUM AIR 
Ya! Banyakkan minum air putih, bukan air bergula ya. Sebab ia adalah detox yang terbaik untuk badan kita. Tak salah kalau sesekali mahu minuman bergula, tapi kita perlu cuba untuk ‘pantangkan’ diri kita dari minum terlalu kerap! Cuci semula toksik yang ada dengan air putih. Sediakan satu botol air putih (baca: bukan botol pakai buang. SAVE OUR PLANET) khas untuk diri sendiri dan bawa kemana-mana sahaja anda pergi. Samada dalam rumah atau pun sewaktu berjalan-jalan!
2) MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Utamakan pengambilan makanan yang berkhasiat. Sayuran, buah buahan terutamanya boleh dijadikan sebagai snek atau salad. Elakkan makanan dari luar kerana mengandungi banyak garam, MSG dan kolestrol. Punca utama kulit tidak sihat adalah kerana MSG dan kolestrol yang berlebihan.
Sekiranya anda makan di luar, pilihlah menu dan santapan yang berkhasiat. Oh ya, tidak perlu order air ya. Air kosong dah dibawa dari rumah tadi.
3) AMALKAN MAKANAN SUNNAH
Jangan pandang rendah pada kelebihan yang ada pada makanan sunnah. Kelebihan yang Allah SWT letakkan dalam makanan sunnah jauh lebih baik dari vitamin, pil ataupun supplement yang ada di pasaran, samada murah atau mahal. Kebiasaan saya (penulis) amalkan 3 perkara sahaja. Madu, Habbatus Sauda’ dan minyak kelapa. Pengalaman pernah terkena minyak panas di muka dan melecur teruk. Alhamdulillah kembali licin,baik dan pulih dalam masa seminggu sahaja kerana saya amalkan minum minyak kelapa hanya satu sudu kecil setiap hari!
Baca artikel mengenai Khasiat yogurt untuk kecantikan kulit di –> sini!
4) JANGAN KERAP MEMEGANG MUKA
Nak buat apa-apa kerja sekalipun, pasti tanganlah anggota yang paling selalu digunakan. Jadi sebenarnya tangan kita banyak terdedah kepada kuman, habuk atau kotoran yang nampak atau tidak nampak. Jadi pastikan anda mencuci tangan dengan bersih terlebih dahulu sebelum menyentuh muka.
(PETUA : perbuatan Istinsyak ketika berwudhu akan memberikan kita muka yang flawless dan berseri.
5) BERIKAN MUKA MASA UNTUK ‘BERNAFAS’ 
Setelah seharian di luar rumah, muka kita terdedah kepada peluh, asap, habuk dan sebagainya. Jadi perlulah kita memberikan ruang dan masa untuk kulit muka bernafas. Cuci bersih muka menggunakan pencuci muka, basuh dengan air suam dan lap dengan tuala bersih. Manjakan muka anda dengan pelembap dan penyegar yang sesuai. Jangan sesekali tidur tanpa membasuh muka.
Tuliskan petua dan pendapat anda di ruang komen dan share untuk manfaat bersama!
Add comment
You must be logged in to post a comment.