9 Fakta menarik mengenai Bluemoon, Bloodmoon dan Supermoon!
Seperti yang kita semua maklum, malam ini pada 31 Januari 2018 akan berlakunya tiga fenomena ganjil yang mengkagumkan! Ia juga digelar Super Blue Blood Moon!
Kita semua mestilah membenarkan dan meyakini semua yang berlaku ini adalah tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah bersabda mengenai gerhana bulan yang mafhumnya “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua tanda tersebut Allah membuatkan rasa takut kepada hamba-hambaNya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana disebabkan kematian seseorang manusia. Karena itu bila kalian melihatnya, solat dan berdoalah kepada Allah sampai hilang rasa yang menakutkan kalian.” (hadith riwayat Muslim)
1) Bluemoon adalah fenomena bulan penuh yang terjadi kali kedua di dalam bulan yang sama. Seperti contoh, pada bulan ini, bulan penuh kali pertama adalah pada 2 Januari dan kedua pada 31 Januari! MasyaAllah!
2) Bluemoon adalah nama sahaja, ia tidak mempunyai kaitan dengan warna bulan pun!
3) Bloodmoon pula ialah gerhana bulan. Ketika ini ia dikenali sebagai bloodmoon kerana warnanya yang merah seolah-olah warna darah.
4) Bulan tidak berubah warna, tetapi ia kelihatan merah keperangan kerana pancaran yang terhasil dari matahari.
5) Bloodmoon hanya terjadi apabila bumi terletak di antara matahari dan bulan.
6) Supermoon pula adalah kedudukan bulan yang terlalu dekat dengan bumi. Ia akan kelihatan 14% lebih terang dan 30% lebih besar dari biasa.
7) Kali terakhir berlakunya Bluemoon adalah pada tahun 1866. Ianya adalah 152 tahun yang lalu!
8) Bloodmoon yang seterusnya akan berlaku pada 19 Januari 2019.
9) Berbeza dengan gerhana matahari, Super Blue Blood moon adalah selamat untuk dilihat terus dengan mata kasar!
Sekiranya anda menetap di Malaysia, waktu yang terbaik untuk menyaksikan Super Blue Blood moon adalah pada 31 Januari, jam 9.27pm.
Selamat menunaikan solat gerhana dan menyaksikan bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT!
Untuk artikel mengenai taubat, sila klik –> sini!
Anda mempunyai pengalaman menarik berkenaan gerhana? Kongsikan di ruang komen sekarang!
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.