ABOUT US! KENALI SIAPA AURA BUSANA (BAHAGIAN 3)

ABOUT US! PENGENALAN PENGASAS DAN TEAM AURA BUSANA!

BAHAGIAN 3

Bila jadi macam ni, abah kata kita renovate lah kedai kita.

Tapi…

Tapi apa bah?

Tapi kita renovate sendiri.

MasyaAllah!! Abah ni memang jenis yang semua nak buat sendiri. Yang sangat mengkagumkan ialah semua yang abah buat, semuanya menjadi!
Number one hero kan..hihi

Teringat masa kami kecik-kecik dulu, disebabkan kami ramai, abah buat keputusan untuk buat almari sendiri. Jadi lepas balik je dari mengajar, abah akan mula bertukang. Setiap hari, gigih abah siapkan. Orang azan je abah berhenti sekejap pergi surau, balik surau sambung lagi. Alhamdulillah berkat usaha keras abah, siaplah almari 4 pintu, dan 2 pintu slide besar bahagian atas untuk simpan barang-barang masa kami kecik macam stroller, buaian, crib semua tu. Sampai sekarang kami yang single ni masih guna almari tu. Umurnya dalam 20 tahun lebih kurang. Tinggi almari tu sampai bumbung sebab abah nak jimat ruang. Dan almari tu sangatlah besar.. Terima kasih abah!

Baik, berbalik pada kisah renovate, maka bermulalah hari menebuk, memecahkan dinding, melepa dan mengecat. Lepas tu buat tempat kaunter, untuk install safety door. Semua abah yang buat melainkan pintu keselamatan tu je upah orang. Kami tolong abah mana yang mampu, tapi semestinya abah lah orang yang paling banyak berkerja.

 

 

Alhamdulillah lepas beberapa tempoh tutup kedai sebab renovate, tikar getah pun kami ganti baru, susun atur baju-baju dan rak pun kami ubah supaya lebih luas, kedai dah boleh beroperasi semula!

Walaupun renovation yang kami buat tidaklah sehebat kerja orang lain, tetapi kami tetap gembira dan berpuas hati kerana hasil dari titik peluh sendiri!

 

Doakan untuk kami ya! Teruskan menyokong kami!

Jawapan bagi mereka yang bertanya :

– Adakah kami bekerja di Aura Busana sepenuh masa?
Tak, kami gilir-gilir jaga Aura Busana. Ada shift. Jadi semua perlu pandai layan dan attend pelanggan, uruskan stok dan manage page online.
Luar shift, kami ke mengajar di madrasah.
Nama madrasah kami Madrasah Al Islamiyyah lil Banat aliran alimah. Baru beroperasi 4 tahun.

Untuk baca artikel berkenaan madrasah, sila klik –> sini!

– Bagaimanakah cara kami menguruskan Aura Busana?
Kami semua mempunyai role tersendiri. Ada Website Manager, Designer, Blogger/Writer, SEO, Analysis, Copywriter dan lain-lain. Jadi, setiap kali meeting kami akan present job masing-masing sambil siblings bonding..hehehe..

-Serius lah sekolah sampai darjah 6 je?

Alhamdulillah walaupun sampai darjah 6 sahaja dan masuk madrasah, ramai yang kata tak ada masa depan. Tetapi pengetahuan am seperti matematik, sejarah dan bahasa inggeris tetap kami pelajari memandangkan abah dan ibu kedua-dua mereka adalah guru. Di rumah, mereka sangat menekankan kami untuk berbahasa inggeris.
Dan kami yakin, pilihan abah dan ibu untuk menyekolahkan kami di madrasah adalah pilihan yang terbaik. Kami gembira dan sangat berterima kasih dengan pilihan mereka!

– Kenapa pilih nak jual baju? Dan kenapa jual dengan harga yang rendah?

Sebab abah kami dah rasa macam mana susahnya untuk dapatkan baju yang selesa dan mampu milik untuk anak-anak masa kami kecik dulu. Untuk pakaian saja memerlukan sejumlah wang yang besar, belum masuk lagi peralatan dan keperluan yang lain.
Jadi sebab tu lah abah mulakan bisnes ini supaya boleh membantu orang lain.

BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2

Leave a Comment

Shopping Cart
Scroll to Top