ABOUT US! PENGENALAN PENGASAS DAN TEAM AURA BUSANA.(BAHAGIAN 1)
Alhamdulillah kami membuka tirai tahun 2018 dengan penuh rasa syukur, kerana masih lagi diizinkan oleh Allah SWT untuk melangkah dengan lebih jauh bagi merealisasikan cita-cita yang semakin luas dan jelas.
Terima kasih kepada yang bertanya secara langsung atau tidak langsung mengenai Aura Busana. Setelah banyak permintaan dari sahabat handai, kawan-kawan, followers dan pelanggan kami yang sangat kami hargai. Request mereka untuk mengenal Aura, membuatkan kami bersetuju untuk mencoret sebagai pengenalan kami kepada semua.
Jemput baca!
Pengasas Aura ialah ayahanda kami, Tuan Haji Roslani bin Ismail. Beliau adalah seorang guru bahasa inggeris dan perdagangan di SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang.
Beliau mempunyai 8 orang anak, 1 lelaki dan 7 perempuan termasuk sepasang kembar. Kesemua anak-anak beliau telah menuntut di sekolah rendah, kemudian berpindah ke madrasah tahfiz. Setelah sempurna hafazan dan syahadah 30 juzu’ di dalam bidang Al Quran, mereka telah menyambung pelajaran sehingga tamat di dalam aliran ‘Alim pula iaitu pembelajaran kitab-kitab turath secara bersanad.
Begitu juga dengan anak-anak perempuan beliau. Kesemua mereka telah di hantar ke madrasah aliran ‘Alimah dan telah menuntut sehingga tamat pembelajaran secara bersanad juga.
Mungkin ramai yang faham hafiz, hafizah. Tapi mesti ramai yang masih tertanya-tanya mengenai Alim, Alimah kan? Klik untuk baca di –> sini.
Alhamdulillah, kini 5 orang daripada anak beliau telah mendirikan rumah tangga dan beliau telah dikurniakan seramai 9 orang cucu. (and coming soon..hehe)
Walaupun kerjaya beliau adalah seorang guru, tetapi beliau mempunyai niat yang mendalam dan mahir didalam bidang bisnes. Masa muda pun beliau selalu membantu ibu dan ayahnya berniaga bermacam benda dan menjaja kuih muih pada waktu pagi, dan kain di pasar pada sebelah malam.
Pada tahun 2012, beliau telah memulakan sebuah bisnes yang diberi nama Aura Busana Muslimah. Ia menjual pakaian dan aksesori wanita.
Jap, sebelum tu kene terangkan sikit:
Visi Aura adalah untuk menghidupkan semula suasana dan memelihara sunnah dalam pemakaian umat islam.
Misi Aura pula adalah untuk membantu umat islam menghidupkan sunnah berpakaian dengan menghasilkan produk pakaian yang diminati ramai, mampu milik, berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai sunnah sesuai berpandukan Al Quran dan hadith.
Okay, sambung cerita…
Mula-mula bisnes belum mampu untuk menjual produk sendiri. Jadi kami beroperasi dengan menjual barang orang. Borong baju, jual. Beli borong lagi, jual. Dapat untung je kami rotate balik untuk beli stok.
Kedai pun dari awal semua kami setup sendiri. Rak, railing, tikar getah kami pasang sendiri. Langsir untuk partition, fitting room dengan tingkap pun kami jahit sendiri. Hampir semua kami buat sendiri sebab nak jimat. Tak ada upah sesiapa.
Masa tu kami dapat idea untuk mula jual online juga. Bermula dari Facebook. Kerja jadi banyak. Semua baju-baju perlu digosok sebab nak ambik gambar upload dalam page Facebook. Ambik gambar pun sendiri. Abah beli kain putih kemudian ikat jadikan macam backdrop. Kamera digital yang ada kami manfaatkan untuk ambik gambar produk. Tak ada spotlight atau softbox. Guna cahaya matahari je. Semulajadi cantik orang kata. Yang sebenarnya sebab belum cukup modal..hehehe..tapi malu sikit lah sebab buat di luar kedai. Tempat kereta lalu lalang. Tapi kalau nak berjaya, kene lah gigih kan.. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Alhamdulillah lepas susah payah, sikit-sikit order mula masuk. Dari ambil order, balut barang kemudian ulang alik ke pejabat pos. Sambil-sambil jaga kedai juga kami sama-sama cuba siapkan order pelangan. Masuk bulan Syaaban dan Ramadhan, order semakin banyak. Kami tak menang tangan tapi syukur dan gembira sebab ada sales. Dari abah dan mama, sampailah yang paling bongsu, semua turun padang siapkan order. Lepas tu angkut pulak barang-barang tu untuk pos. Tangga di pejabat pos tu pulak masyaAllah besarnya!
Masuk tahun 2015, Aura telah mula menjual pakaian lelaki lalu nama Aura Busana Muslimah telah ditukar kepada Aura Busana. Yang ini pun ada cabarannya yang lain pulak.. InsyaAllah kita sambung nanti ya.
Ramai jugak yang bertanya adakah kami bekerja di Aura Busana sepenuh masa?
Bagaimanakah cara kami menguruskan Aura Busana?
Serius lah sekolah sampai darjah 6 je?
Macam-macam soalan lagi lah. Hehe…banyak betul soalan…
Kalau nak kami sambung, komen lah ‘NAK’ kat bawah ni! Kami akan sambung :
Add comment
You must be logged in to post a comment.