ADAT BERAMAI DI KAMPUNG
ADAB BERAMAI DI KAMPUNG
Nak dekat raya ni, mesti ramai yang dah bersiap-siap untuk balik kampung.. Mesti seronok bila dapat jumpa balik saudara mara yang jauh-jauh, lama tak jumpa, yang kecik pun dah besar, bermacam-macam ragam dan fi’il.
Macam kita semua maklum, masa beramai kat kampung ni lah biasanya kita kene bertolak ansur. Mana tak nya, kat kampung tu selalunya atuk nenek berdua je, tapi ni kita balik berkeluarga mahu sampai 10 – 20 orang juga. Bilik air dan tandas ada satu je, bilik tidur pun terhad, kipas pun tak banyak mana, macam – macam yang kita kene belajar untuk share.
1. BAWA BARANG SENDIRI DARI RUMAH.
Sebelum bertolak ke kampung, listkan dulu barang yang kita kene bawak balik. Bila bawak barang sendiri, kita akan rasa lebih selesa. Tak payah susah-susah untuk meminjam. Apa yang perlu di senaraikan?
– Senarai baju. Pakaian dalam rumah, beraya, berjalan dan pakaian dalam. Untuk perempuan pula jangan lupa bawa telekung, anak tudung, tudung jalan, dan tudung rumah. Pastikan pakaian yang kita bawa tu boleh tutup aurat ya.
– Senarai aksesori : charger, powerbank, wallet, pin tudung dan lain lain benda yang kita perlukan dalam perjalanan atau di kampung.
– Senarai barang mandian : sabun, syampu, berus dan ubat gigi, sikat, tuala, ketip kuku, deodorant. Untuk kaum hawa jangan lupa tuala wanita sebagai langkah berjaga – jaga.
– Senarai barang tidur : bantal, lapik tidur (sleeping bag/comforter) dan selimut.
2. ELAKKAN DARI MEMINJAM.
Sebab tu kita kene bawa barang sendiri sebab nak elakkan dari ‘ter’ambil barang orang. Mula mula memanglah dia bagi ambik sikit, tapi kalau dah lama-lama nanti, takut ada yang makan hati pulak. Yelah, kalau balik kampung seminggu, sehari mandi 2 kali. Hampir 14 kali jugak tu kita tonggekkan botol sabun dia. Mau separuh botol kita sorang je yang guna.
3. ELAKKAN ‘PEAK HOURS’!
Perangai orang kita ni time sesak tu lagi kita suka nak ikut bersesak-sesak. Jadi jom jimatkan masa dengan ikut shortcut!
Kalau orang lain gosok baju pagi raya, kita gosoklah baju kita petang atau malam raya. Nanti mesti ada yang menegur “amboi semangat betul nak beraya”, kita jawab lah “haah gosok sekarang senang, esok pagi jam”
Haa, time tu mesti dia pun nak tumpang menggosok jugak. Kan bagus tu.
Yang perempuan, ingat ya bawak bawak hanger untuk gantung tudung yang dah bergosok nanti. Jangan hampar kat sofa, meja, etc.. Jom hentikan drama tudung kedut..
Kita tau orang lain mandi raya pukul 8 pagi, jadi kita mandi awal. Masa bangun untuk solat subuh tu mandi je terus. Nanti tinggal sarung baju je. Orang lain sibuk mandi, kita conquer cermin sorang-sorang.
Sejuk lah mandi subuh..
Laa..bila lagi nak rasa kesejukan mandi subuh di kampung?
4. SEMUA KERJA, KERJA SEMUA.
Dah ramai-ramai macam ni, mesti banyak kerja. Masak, sediakan makanan, basuh pinggan, buang sampah, lipat tempat tidur, basuh baju, sidai dan angkat kain macam-macam lah!
Waktu ni lah kita kene bersatu untuk ringankan kerja semua orang. Tak ada istilah ii kerja lelaki, itu kerja perempuan. Baik lelaki mau perempuan, tua atau muda, anak atau menantu, kene ambik peranan buat kerja masing-masing. Tak kan lah nak harap mak-mak kita je kan. Yang muda jadilah yang boleh di harap, tunjukkan kerajinan dan keupayaan kita. Selfie tu nanti-nanti boleh. Eh..
5. HORMATI PANDANGAN ORANG LAIN.
Malaysia banyak isu. Malaysia ni pun banyak pengulas. Jadi macam mana kita nak orang hormati pandangan kita, kita pun kene hormati pandangan orang lain jugak. Jangan di sebabkan isu orang lain, kita bertekak.. Aidilfitri ni lah masa untuk berbaik dan bermaafan.
6. HUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM.
Wahai golongan yang celik IT sekalian, kita berhubung dengan keluarga dan kawan yang jauh melalui teknologi dan socmed. Tapi ni dah balik kampung, semua ada depan mata, kita berhubung lah dengan mata ya.
Buat hubungan dengan atuk nenek terutamanya, tanya khabar, picit-picit, urut-urut, ikut dia pergi kebun.
Jangan tinggalkan mereka kerana dunia baru kita.
7. BERADAB DAN HORMATI ORANG RAMAI.
Jaga adab, jaga akhlaq!
Depan orang cuba untuk maniskan muka.
Senyum dan tanya khabar.
Latih diri untuk berbual terutama dengan orang tua.
Cakap dengan lemah lembut.
Jangan membentak atau marah-marah.
Jaga nama baik keluarga.
Belajar untuk taat.
Tundukkan pandangan dan jaga aurat!
Untuk artikel mengenai ADAB BERTAMU KE RUMAH ORANG, klik –> SINI
Apa komen anda? tuliskan di bawah!
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.