Dalam beberapa hari lagi akan menjelang Ramadhan bagi tahun 2020 bersamaan 1441H.
Sebagai rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan agama, sudah pasti anda semua sedang lalui perkara yang sama yaitu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermaksud anda kena duduk rumah diam-diam.
Betul ke anda semua duduk rumah?
Kalau ya, tahniah! Anda seorang yang sangat bertanggungjawab.
Nak tak kalau kami kongsikan cara untuk mendapat pahala tanpa beramal setiap waktu, walaupun sedang tidur?
Tak sia-sia duduk rumah kan?
Caranya mudah, kita hanya perlu jaga sunnah2 junjungan kita Nabi Muhammad SAW dalam setiap perbuatan & keperluan harian kita.
Focus dalam menjaga :
1) Adab Tidur
2) Adab Makan & Minum
3) Adab Keluar Masuk Tandas
Setiap perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah & disudahi dengan alhamdulillah.
Jagalah adab & doa2 macam yang Nabi buat.
Bila kita mulai serta akhiri dengan cara nabi kita, maka Allah SWT akan sangat bergembira kerana kita dah buat apa yang kekasih DIA buat. Bila Allah gembira, DIA akan berikan pahala kepada kita. Betul kan?
In Sha Allah kami akan kongsikan sunnah & adab Nabi Muhammad SAW di entry yang lain
Add comment
You must be logged in to post a comment.