KELEBIHAN MEMAKAI COTTON (KAIN KAPAS)
Diriwayatkan oleh Hadrat Anas bin Malik RA bahawa “Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dengan dipimpin oleh Usamah bin Zaid RA. ketika itu baginda dibalut dengan kain qithri (sejenis kain kapas dari Yaman). Kemudian Baginda Rasulullah SAW mengimami para sahabat RA menunaikan solat. (dipetik dari Shamail Nabi SAW)
1) Mudah dibasuh dan cepat kering.
Cotton adalah kain yang ringan dan nipis. ianya mudah dibasuh kerana tidak akan berat bila direndam didalam air, tidak mudah rosak jika diberus dan mudah hilang kotoran kerana tenunannya yang tidak terlalu rapat.
Cotton juga cepat kering berbanding fabrik lain kerana sifatnya yang breathable (berangin) supaya pemakai kekal kering dan nyaman. Ia juga tidak merangkap bau kerana bahan asasnya adalah kapas yang ringan dan halus.
2) Sesuai dipakai di mana-mana.
Ianya amatlah sesuai dipakai dimana-mana sahaja kerana :
– cotton sesuai di gayakan dalam setiap tempat dan keadaan kerana ianya bersifat versatil lalu sesuai dicampur atau ditenun dengan pelbagai jenis fabrik.
– cotton adalah kukuh dan kuat lalu tidak mudah untuk lusuh,koyak atau rosak.
– cotton tidak berbau atau merangkap bau.
– cotton juga mampu membuatkan anda tampil bergaya ringkas dan selesa samada pada pakaian, tuala mandi, malah set cadar!
3) Permukaan fabrik yang lembut.
Tahukah anda cotton juga adalah termasuk diantara senarai kain fabrik yang lembut malah ianya ringan, beralun dan tidak melekap! Tidak seperti fabrik lycra/polyester/koshibo yang berat, panas dan melekap pada badan. Rimasnya!
Nampaknya cottonlah pilihan yang mudah dan terbaik!
4) Tampak kemas, lebih selesa.
– Penggunaan yang selesa dan memuaskan hati.
– Permukaan yang lembut.
– Bahan mesra-air (hydrophilic) yang mana ianya menyerap basah dan cecair dengan lebih pantas berbanding bahan lain.
5) Tidak melekap pada anggota badan.
Cotton tidak melekap pada anggota badan kerana sifatnya yang tidak mampu menampung statik eletrik. Berbeza dengan bahan lain seperti contoh polyester, ia mampu menampung statik eletrik yang banyak hingga membuatkan fabrik tersebut melekat pada anggota.jika anda memakai cotton tetapi tetap juga melekap pada anggota, sila semak semula bahan yang digunakan didalam fabrik itu. Kemungkinan besar ianya adalah kain cotton yang dicampur dengan bahan lain.
Tahukah anda terdapat tiga cara berkesan untuk menghilangkan kesan statik eletrik pada pakaian.
1: Gunakan fabric softener sheet dan sapukan beberapa kali di bahagian dalam baju yang terdapat statik eletrik.
2: Ambil penyangkut baju yang dibuat dari dawai kemudian lalukan dari bahagian atas dalam baju ke bahagian bawah baju. Ia akan menyahcaskan eletrik yang ada melalui penyangkut baju tersebut.
3: Guna pakai cotton.
PASTIKAN COTTON MELITUPI ANDA BILA-BILA MASA,DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.
Anda mempunyai pandangan lain mengenai cotton? sila tinggalkan komen anda di bawah!
Add comment
You must be logged in to post a comment.