PERCUTIAN INDAH, MAMPU MILIK DAN PRIVASI!

PERCUTIAN INDAH, MAMPU MILIK DAN PRIVASI!

Anda pernah bercuti? Mesti pernah kan? Biasanya sebelum kita pergi bercuti, kita akan cari tempat untuk bermalam, tempat untuk kita jalan-jalan makan angin. Tapi paling penting sekali kita akan fikir bajet yang kita ada. Lepas tu kalau dalam keluarga kita ada kaum perempuan, mesti mereka akan utamakan konsep privasi! Yelah orang perempuan ni auratnya mesti dijaga, nak kisahkan anak-anak lagi.

So sekarang ni saya nak ceritakan pengalaman kami mengalami percutian indah tapi privasinya….sangat terjaga!

Sepanjang cuti sekolah ni, kami belum berjalan ke mana-mana lagi sebab ramai yang sibuk. Jadi kami pun bincang sama-sama adik beradik yang ramai ni, plan nak jalan sama-sama. Lepas bincang punya bincang, sepakat nak bercuti yang relaks. Maksud relaks kami ni nak percutian santai. Bukan nak sightseeing atau exploring.

Kami dah biasa sangat dengan pantai dan sungai. Kalau balik kampung memang menyinggah. Jadi masa bincang tu pun ramai suarakan nak kolam. Sebab jarang mandi kolam. Tapi nak kolam yang privasi lah kan sebab kami ni ramai perempuan.

Alhamdulillah lepas survey, kami pun pilih Saf One Residence Camp. Atau pendeknya SORC. SORC ni terletak di Banting. Tempat nya pun di kawasan pendalaman kampung. Korang boleh bayangkan suasana kampung tu bersih sangat. Masa kereta kami masuk kawasan kampung tu, ramai yang kata “bersihnya kampung ni..” jadi mmg masyaAllah memang nyaman sangat suasana kat situ! Belum sampai SORC lagi dah kagum..hehe..

Dekat SORC ni memang mengutamakan privasi. Kalau kita sewa satu bilik saja pun, bilik lain jadi off-limits.

Kalau tak nak bermalam pun boleh. Nak bermalam pun boleh. Nak datang sikit boleh, ramai pun boleh. SORC sediakan banyak pakej. Atau boleh tanya sendiri pada tuan rumah, klik sini.

SAF ONE RESIDENCE CAMP

1) RUANG TAMU

Ruang tamu ni luas sangat. Ada satu bilik Jenahak yang bercantum dengan ruang tamu. Pintu sliding door yang menghubungkan ruang tamu dengan kolam dan dapur dan lagi dua bilik iaitu Patin dan Kelisa.

2) KOLAM

Kolam ada dua bahagian. Satu yang sedikit kecil seperti jakuzi untuk duduk santai.. Lagi satu yang besar dan lebih dalam. Kedua-dua kolam agak dalam jadi sila pastikan awasi anak-anak kecil ya. Yang bestnya kolam ni tertutup tapi open air. Tak ada orang luar yang boleh tengok ke dalam. Sesuai sangat kalau ada yang ramai berpurdah macam kami nak mandi manda. Lepas subuh pun kami terjun kolam lagi.

3) RUANG BILAS DAN TANDAS

Yang ini tempat bilas badan lepas mandi kolam. Dan ada dua tandas. Jadi tengah basah-basah tu tak perlu masuk kedalam rumah kalau nak buang air.

4) DAPUR

Dapur ni luas. Ada sedia bermacam-macam kemudahan. Nak masak pun boleh. Tapi kami tak masak sebab dah masak tengah hari siap-siap dari rumah. Sampai sini tinggal makan je. Lepas tu terjun kolam..hehe

5) DORM

Nama dorm ni Tapah. Ada 18 katil single.

6) BILIK – BILIK :

  • KELISA:

  • JENAHAK:

  • SIAKAP:

  • KERAPU:

  • AROWANA :

Bilik Arowana ni ada 5 katil. Hujung sekali tu ada anjung. Waktu pagi boleh tengok sunrise..cantik sangat.

   

7) Veranda

   

Apa pun kami memang berpuas hati menetap di sini. Tempatnya luas, bersih dan cantik. Sangat mesra muslim. Tertutup, privasi, aurat terjaga dan boleh dengar azan dari sini. Tu yang paling penting!

ohh lupa nak bagi tau kat sini ada dewan juga. kalau nak guna untuk meeting ke atau family day ke memang sesuai. nak request projector pun boleh!

 

Ceritakan pengalaman anda bercuti di ruang komen dan tekan share sekarang!

Leave a Comment

Shopping Cart
Scroll to Top