SUDAHKAH ANDA BERHIJRAH?
Adakah kita perlu berhijrah?
Sebagai seorang manusia yang selalu alpa dan leka, maka seharusnya untuk kita muhasabah diri kira setiap hari dan memperbaharui niat dan azam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Saya mahu berhijrah menjadi seorang yang lebih baik, tapi apa itu hijrah?
Makna hijrah dari segi lafaz adalah pindah. Definisi bagi hijrah pula adalah berasal dari perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah Al Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah pada ketika itu dikenali sebagai bandar Yathrib. Kota Yathrib diperintah oleh seorang yang digelar oleh ahli sejarah sebagai Raja Najasyi yang mana kemudiannya beliau juga memeluk agama islam.
MENGAPA NABI SAW BERHIJRAH?
Setelah turunnya wahyu perintah agar Rasulullah SAW membuat dakwah secara terang terangan, maka ramai kafir musyrikin yang menyerang dan menindas orang islam tanpa belas kasihan. mereka menyiksa, merampas harta, menghina dan membantai sepuas hati mereka dan langsung tidak berperikemanusiaan. Sehinggakan apabila orang-orang kafir telah membuat perjanjian sesama mereka untuk tidak menjual makanan, menahan dan memboikot orang islam yang mana ia membuatkan orang islam kesempitan dan kebuluran, maka terjadilah peristiwa hijrah kaum muslimin ke kota Madinah. Setelah orang islam berhijrah, barulah Nabi SAW menyusul ke sana bersama Hadrat Abu Bakar RA setelah bermalam di dalam gua Tsur.
KORBAN HIJRAH NABI SAW
Walaupun Nabi SAW dan kaum muslimin telah berhijrah ke madinah dan keluar dari kesempitan dan kekejaman kaum musyrikin, tapi siapakah yang mampu untuk meninggalkan kampung dan tanah air sendiri?
Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Nabi SAW keluar dari gua Tsur, baginda SAW telah menoleh ke arah kota Mekah dan bersabda “Engkau adalah bumi Allah yang paling aku cintai. Sekiranya pendudukmu tidak mengusir aku, tentu aku tidak akan keluar”
Maka turunlah ayat ke13 dari surah Muhammad sebagai penjelasan kepada kesedihan yang dirasakan oleh Nabi SAW.
(diriwayatkan oleh Abu Ya’la daripada hadrat Ibn Abbas)
HIJRAH DIRI KITA SENDIRI
Bukan sahaja hijrah Nabi yang perlu kita renungkan, bahkan termasuklah diri kita sendiri yang perlu berhijrah dari perkara mazmumah kepada yang mahmudah. Betapa banyak perkara yang kita perlu perbaiki dalam kehidupan dan diri kita. Di awal tahun islam ini marilah kita membuat azam dan niat baru supaya diri kita bakal menjadi insan yang lebih baik dari yang semalam.
Tanamkan cita-cita untuk menjadi seorang muslim yang membangunkan jati diri dengan sifat dan persaudaraan atas dasar iman untuk menjadi bangsa yang kuat, dan dihormati serta disegani oleh bangsa lain.
USAHAKAN BUAH DAN HASIL NATIJAH YANG KHAIR.
1) Dengan PENGORBANAN, berkorban untuk patuh dan taat pada agama.
2) PERUBAHAN, dengan menjadikan tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya.
3) PEMBANGUNAN, dengan membangunkan jati diri sebagai muslim bersaudara, bangsa yang gagah dalam melakukan amr bil maa’ruf dan nahi anil mungkar.
4) PENCAPAIAN, mencapai keharmonian dan kesejahteraan bersama.
SALAM MAAL HIJRAH, SELAMAT TAHUN BARU 1439H/2017
Psst….jgn lupa share ye supaya kita semua dapat mengambil manfaat bersama! Hanya klik mana2 sahaja butang di bawah & tinggalkan komen anda di ruang komen!
klik sini untuk baca artikel berkenaan aliran madrasah!
2 comments
Umi Mahirah Bt Zulkifli
Assalamualaikum… insha Allah jom kite berhijrah di jalan Allah 3 hari masthurat
Raudhah RoslaniAuthor
InsyaAllah kita azam lagi dan lagi..semoga Allah pilih dan qabul.