Anda suka dan selesa dengan memakai jubah?
Di Malaysia, ramai jejaka yang kerap mengenakan jubah/kurta terutama pada hari yang disambut meriah seperti hari jumaat, hari raya malah ada juga yang menggayakannya ke majlis-majlis keramaian!
Pakaian yang digayakan ada yang simple, ada yang ranggi. malah di zaman moden kini, banyak perubahan yang berlaku kepada rupa asal jubah seperti potongan yang slim, ada juga yang kembang dan sempit. Ciri-ciri jubah direka mengikut trend semasa seperti kolar dan lengan jubah. Tidak kurang juga warna-warna yang didatangkan adalah warna yang terang dan berani!
Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu akan kelebihan dan sunnah jubah kerana mereka menganggap bahawa jubah hanyalah sekadar pakaian dan trend orang arab. Sayangnya! pakai jubah pun ada kelebihan ke? Ye mestilah ada! jadi, berikut adalah kupasan mengenai
SUNNAH DAN KELEBIHAN MEMAKAI JUBAH YANG RAMAI TAK TAHU!
1) BENARKAH JUBAH PAKAIAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW?
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Hadrat Ummi Salamah RA berkata : Diantara sekalian pakaian yang paling disukai oleh Baginda SAW adalah thawb (jubah/kurta).
(hadith riwayat Abu Daud, Sunan Nasai dan Sunan Tirmizi)
Kebanyakan Alim Ulama’ berpendapat baginda suka memakai jubah/kurta adalah kerana pakaian tersebut melitupi dan menutup badan pemakai dengan lebih sempurna.
Ada juga yang berpendapat kerana ianya tidak akan menimbulkan rasa megah dalam diri seseorang.
Jadi, apa kata mulai hari ini kita jadikan jubah atau kurta sebagai pakaian kegemaran kita juga!
2) BAGAIMANAKAH CIRI-CIRI JUBAH RASULULLAH?
ciri-ciri jubah baginda ada disebutkan dalam beberapa hadith yang diriwayatkan oleh beberapa para sahabat dan sahabiah RA.
– Munawi RAH meriwayatkan daripada Hadrat Ibn Abbas berkata : “Jubah Rasulullah SAW tidak terlalu labuh dan lengannya tidak terlalu panjang. (dalam riwayat lain Ibn Abbas RA menyatakan, jubah Rasulullah SAW adalah diatas buku lali)
– Hadrat Asma’ binti Yazid RA berkata : “Panjang lengan jubah Rasulullah SAW mencapai pergelangan tangannya.”
(hadith riwayat Abu Daud, Sunan Nasai dan Sunan Tirmizi)
– Hadrat Anas bin Malik RA meriwayatkan : “Rasulullah SAW telah keluar dari rumahnya dengan dipimpin oleh Hadrat Usamah bin Zaid RA. Ketika itu baginda dibalut dengan kain qithri (sejenis kain kapas -cotton- dari Yaman). Kemudian baginda mengimami para sahabat menunaikan solat.
(hadith riwayat Tirmizi)
4) APAKAH WARNA KEGEMARAN PAKAIAN RASULULLAH ?
– Hadrat Ibn Abbas berkata Rasulullah SAW sering bersabda : “pilihlah pakaian putih kerana ia adalah pakaian yang terbaik. Pakailah sewaktu kamu hidup dan kafankanlah yang mati dengannya.”
(di dalam Sahih Bukhari telah jelas menyatakan baginda SAW memakai pakaian putih)
– Samurah Ibn Jundub RA berkata Rasulullah SAW bersabda : “pakailah pakaian putih kerana ia lebih thohir (suci) serta bersih dan kafanilah orang yang mati dikalangan kamu dengannya.”
(hadith riwayat Nasai, Tirmizi dan Ibn Majah)
Tahukah anda,
definisi dari sisi psikologi untuk warna putih ianya melambangkan suci dan bersih. seseorang yang memakai warna putih akan menimbulkan aura seorang yang bebas dan mempunyai minda yang luas. ia juga adalah warna yang mengurangkan rasa panas kerana sifatnya yang lemah menyerap haba.
4) ADAKAH RASULULLAH SAW MEMAKAI PAKAIAN YANG BERWARNA?
Disamping warna putih, kadang-kadang baginda juga ada memakai pakaian yang berwarna seperti mana yang telah diriwayatkan oleh beberapa para sahabat :
– Sayyidina Anas bin Malik RA meriwayatkan “kain yang paling disukai oleh baginda Rasulullah SAW ialah kain hibarah (kain Yaman yang berwarna)
(hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai)
– Sayyidatina Aisyah RA meriwayatkan “Suatu pagi Rasulullah SAW keluar dari rumah dengan memakai pakaian bulu (baju panas) yang dibuat daripada bulu berwarna hitam”
(hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)
Jadi sebenarnya hanya dengan memakai jubah atau kurta maka seseorang itu akan mendapat pahala kerana telah menghidupkan sunnah Baginda Muhammad SAW. betapa besarnya darjat dan pahala mereka yang mengamalkan sunnah!
Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintai aku. Dan barangsiapa yang mencintai aku, dia akan bersama-samaku di dalam syurga”.
Apa pandangan anda mengenai jubah dan kurta? Sila tulis di ruang komen dibawah!
Add comment
You must be logged in to post a comment.