Ramai antara kita semua, bila nak masuk rumah baru, bukan main teruja kan? Terutama bagi kaum-kaum ibu yang mula teruja membayangkan deco-deco dalaman rumah. Dalam perasaan teruja tu pun, ingat semua.. kena ambil perhatian satu perkara ni.
Sebenarnya masuk rumah baru pun Nabi kita ada ajar adab tau.
Sebab apa?
Sebab rumah baru ni la bakal jadi tempat kita makan, minum, rehat, habiskan masa bersama keluarga, dan macam-macam lagi.
Ada kesan negatif ke kalau tak buat?
Ya ada. Kesannya besar. Bila tak buat adab, keberkatan tak dapatlah masuk ke dalam rumah kita. Malaikat rahmat pun tak nak masuk, bila malaikat rahmat dah tak masuk, berlakulah macam-macam perkara yang tak diingini . Gangguan makhluk halus, mudah terkena sihir, kerap berlaku pertengkaran suami isteri, rasa dengki, perasaan benci sesama adik beradik, keadaan huru hara sesama yang tersayang dan macam-macam lagi perkara buruk.
Seolah-olah dah tercabut terus kasih sayang dan rahmat dari dalam rumah. Kita tak nak jadi macam tu. Betul kan?
Jadi, boleh la buat beberapa adab ni sebelum masuk rumah baru atau masuk rumah sewa sementara yang bakal kita berpindah.
Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru adalah seperti berikut:
1. Membaca doa seperti riwayat di dalam kitab Muwattho’ Imam Malik dari hadith Sayyidatina Khaulah Binti Hakim Radiyallahu Anha bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda :
Barangsiapa yang ingin mendiami sesebuah rumah maka hendaklah dia mengucapkan :
” أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ”
Ertinya : Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan setiap (makhluk) yang Dia ciptakan.
Maka tidak akan ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya sehinggalah dia berpindah daripada rumah tersebut.
2. Membaca surah Al-Baqarah –
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiyallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Dihikayatkan, sudah menjadi amalan para sulaha’ yakni orang-orang soleh, mereka akan membacakan surah Al-Baqarah di dalam dan di luar rumah terlebih dahulu sebelum mendiaminya untuk :
– Memagar rumah dari segala anasir yang jahat dari luar .
– Menghalau segala kejahatan makhluk2 dan gangguan yg mendiami rumah itu.
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat (solat-solat sunat) dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Menjaga zikir pagi dan petang seperti yang di galakkan oleh para ulama’ iaitu 300 zikir pada waktu pagi, dan 300 pada waktu petang.
Zikir-zikirnya ialah:
● سبحان الله و الحمدلله و لا إله إلا الله و الله أكبر x 100
● اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد x 100
● استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه x 100
5. Memberi sedekah dengan niat supaya mendapat pemeliharaan daripada Allah Subhanahu wa Taala dan semoga semua keadaan sentiasa dalam keadaan yang baik. Ia juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Taala.
Di antara kesyukuran lagi, ialah dengan cara menjamu makanan kepada saudara seIslam yang lain. Ia dinamakan “waqizah” (kenduri masuk rumah baru) seperti mana yang telah disebut oleh Allamah al-Hatthob Rahmatullahi Alaih di dalam kitab Mawahibul Jalil.
Kesimpulannya :
Di antara perkara yang sangat berfaedah untuk orang yang membina rumah baru ialah membaca :
” أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ”
ketika memasukinya dan membaca surah al-Baqarah. Penghuni rumah juga sentiasa perlu mengambil berat untuk menjaga zikir pagi dan petang dan tidak salah untuk bersedekah dengan membuat jamuan makan bersempena rumah baru itu.
AMALAN HARIAN SETIAP KALI MASUK KE RUMAH:
Sesetengah ulama mengesyorkan selepas memberi salam hendaklah membaca surah al-Ikhlas 3x dan Ayatul Kursi 1x.
Kelebihannya:
Asbab kemurahan rezeki, dan pemeliharaan dari segala gangguan syaitan dan jin serta makhluk-makhluk lain yang berniat jahat.
Sekarang, dah tahu kelebihannya kan?
Jom sama-sama amalkan mulai sekarang.
Susah?
Insha Allah kalau hari2 buat,langsung tak susah. Percayalah. 👍
Semoga kita semua dapat amalkan adab masuk rumah ini dengan istiqamah dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu wa Taala sepanjang masa.
Kongsikan pada sahabat-sahabat anda,supaya kita semua dapat sama-sama beramal. Insha Allah.
Add comment
You must be logged in to post a comment.