Kuku yang cantik serta dirawat pasti menjadi salah satu daya tarikan. Dengan adanya, ia sangat menarik perhatian dan pelbagai bentuk rawatan boleh dilakukan keatasnya.
Lebih panjang, kuku yang dirawat lebih nampak indah dengan lentik-lentik ruas jari yang panjang. Tidak hairan, ramai lelaki dan perempuan yang memanjangkan kuku-kuku mereka. Tujuan mereka adalah untuk menunjang penampilan serta memberi rasa yakin diri.
Tetapi untuk Umat Islam, ada baiknya jika kita mengkajinya terlebih dahulu sebelum turut memanjangkan kuku serta menghiasnya. Jadi apakah hukum memanjangkan kuku dalam Islam?
Agama Islam begitu menekankan tentang kebersihan umatnya. Termasuk juga kuku, tidak lari dari perhatian agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini. Jelasnya bahawa memanjangkan kuku itu bertentangan dengan Agama Islam.
Kebanyakan ulama berpendapat bahwasanya hukum memanjangkan kuku itu adalah makruh. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bererti :
“Ada lima jenis fitrah, yakni : khitan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku, serta mencabut bulu ketiak.” (HR. Bukhari & Muslim)
Berdasarkan hadith diatas boleh didapati bahawa memotong kuku adalah ajaran para nabi. Hal ini sesuai dengan fitrah manusia yang dijelaskan dalam hadith di atas.
Sebagai bentuk penekanan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahkan pernah memberi tempoh waktu kepada para sahabat untuk memotong kuku mereka. Jika lebih tempoh itu, menurut Imam Asy Syaukani dalam Nailul Author
hukumnya menjadi haram. Hal ini berdasarkan hadith berikut :
Sahabat Anas bin Malik mengatakan, “Kami diberi tempoh dalam memendekkan misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, supaya tidak dibiarkan lebih dari 40 hari. ” (HR. Muslim).
Menurut Imam Nawawi kuku yang panjang berpotensi menjadi sarang bagi penyakit. Bukan itu sahaja, walaupun bersih, kuku juga berpotensi menghalangi air wudhu masuk ke celah-celah kuku sehingga wudhu menjadi tidak sempurna. Tetapi jika kuku pendek, potensi air wudhu dapat membersihkan bahagian jari akan menjadi semakin besar.
Kita juga digalakkan untuk memotong kuku pada hari jumaat. Maka marilah kita memotong kuku kerana itu lah apa yang diajarkan oleh Nabi kita, yang mana didalam setiap perkara yang Nabi lakukan pasti ada hikmah teragung disebaliknya.
Add comment
You must be logged in to post a comment.