Meng’gajet’kan anak, ber’anak’kan gajet.
Dalam 1 hari ada 24 jam.
Dalam 1 jam ada 60 minit.
Dalam 1 minit ada 60 saat dan itulah sesingkat masa yang kita boleh kira.
Bila kita kata 24 jam tu rasa macam banyak betul masa. Tapi pernah tak kita terfikir yang dalam 24 jam tu, berapa banyak jam yang kita luangkan dengan anak-anak? Untuk anak-anak?
Mari kita congak.
Kebiasaan mereka yang berkerja akan keluar di awal pagi hingga lewat petang. 9 – 5 adalah jam kerja sahaja. Belum campur masa yang digunakan di atas jalan raya, ngeteh dengan kawan ofis atau pun masa OT. Lebih kurang 10 jam di tempat kerja kebiasaannya. Bermakna kita masih ada baki lagi 14 jam untuk bersama dengan anak-anak.
Nanti dulu.
Dalam 14 jam yang baki ini kita perlu tolak masa tidur 6 – 8 jam. Jadi tinggallah baki 6 jam.
Itu untuk hari minggu. Isnin – Jumaat. 6 jam x 5 hari = 30 jam.
Untuk hujung minggu pula kita ada 24 jam full untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak. 24 jam x 2 = 48 jam
30 jam + 48 jam = 78 jam!
TAPI!
Dewasa ini, dalam tempoh 78 jam pun masih ramai gagal untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang sedang galak membesar.
Ramai kan yang mengambil keputusan untuk meng’gajet’kan anak?
Antara alasan yang pernah diberi oleh ibu bapa yang meng’gajet’kan anak supaya anak anak diam, ada aktiviti sendiri atau tidak kacau phone mak ayah.
Hinggakan mereka ‘busy’ dengan dunia mereka. Sampaikan anak dah jadi bentuk C, terlalu tunduk kerana asyik dengan gajet.
“Tak apa, kami downloadkan game pendidikan”
“Anak tonton video pendidikan saja”
Tahukah anda kanak kanak yang meluangkan masa belajar dari gajet berbanding alat belajar yang lain akan menjadi lebih lembab dalam pembelajaran mereka? (sumber dari : DailyMailUK)
Tak kurang juga yang ber’anak’kan gajet hingga anak sendiri terkontang kanting bermain sendirian. Kadang – kadang bila si comel itu memanggil kita, nak tunjuk hasil rekaan dia yang pada si anak ianya satu pencapaian yang membanggakan, kita akan ‘pandang’ dengan mulut, mata masih di skrin dan jawab acuh tak acuh.
Bila si kecil memanggil kita untuk mengadu sesuatu, kita memarahinya. Kita bagi alasan pada anak kita sedang sibuk.
Kita lebih pentingkan kawan maya berbanding anak.
Kita lebih pentingkan applikasi berbanding generasi.
Lama kelamaan anak akan menjadi bosan, cepat melenting, tidak pandai untuk memberikan respon yang baik dan kurang berinteraksi.
Kreativiti mereka semakin tipis dan mereka bakal menjauhi kita lalu mencontohi orang lain yang rapat dengan mereka.
Kita semua perlu ingat, mereka akan membesar.
Kita akan rindu dengan tingkah laku dan rengekkan mereka.
Kita akan terimbau gelak tawanya tatkala kita bergurau dengan mereka.
Kita akan terbayang wajah gembira ketika kita meluangkan masa bersama mereka.
Mereka akan membesar, dan bawa hala tuju mereka sendiri.
Mereka akan membesar dan tidak menghiraukan kita. Kerana kita kerap tidak menghiraukan mereka.
Tak kan pernah kita mampu untuk undur masa supaya si penyejuk mata kita menjadi kecil semula.
Selagi ada masa, buatlah hubungan dengan mereka. Didiklah mereka dengan didikan yang terbaik.
Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, tahun demi tahun akan berlalu.
Mereka menjadi pemuda, kita menjadi tua.
Untuk baca artikel mengenai anak anak tahfiz, klik –> sini.
Sila kongsi artikel ini dan tinggalkan komen anda!
Add comment
You must be logged in to post a comment.