Nabi SAW bersabda yang mafhumnya :
“Sesungguhnya kubur adalah satu taman dari taman-taman syurga atau satu lembah dari lembah-lembah neraka.”
(hadith riwayat Tirmizi)
Acap kali kita mendengar hadith-hadith nabi, cerita dan peringatan di dalam Alquran daripada firman Allah Taala akan nikmat dan ganjaran di persinggahan pertama kita selepas alam dunia , alam kubur. Tidak lupa juga akan azab dan siksaan yang telah diciptakan oleh Allah Taala, semua yang disifatkan dan digambarkan sangat menggerunkan malah tidak terbayang oleh akal fikiran.
Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan kita di dalam kubur kelak? Sesudu amalan yang kita lakukan di usia kita ini, kelihatan tidak mampu untuk menjamin dan meyakinkan diri kita bahawa kita akan terlepas darinya.
Tahukah anda, Nabi SAW pernah mengajar kita semua melalui sabdaan baginda, akan amalan yang akan menyelamatkan kita dari azab kubur?
Bahkan amalan itu sangat mudah diamalkan oleh semua orang!
Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Baginda SAW telah bersabda : “Ada satu surah didalam Alquran yang terdiri daripada 30 ayat, yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehingga di diampunkan. Surah itu adalah surah Tabaaraka al-lazi..”
(hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Imam Tirmizi RAH meriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah bin Abbas RA “sekumpulan sahabat telah mendirikan khemah di satu tempat tanpa mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Tiba-tiba mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seseorang sedang membaca surah Tabaraka al-lazi. Lalu mereka datang dan menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah SAW. Baginda menerangkan surah itu akan menjaga pembacanya daripada azab Allah dan menjamin keselamatannya.”
Sayyidina Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Sajdah (As Sajdah) dan Tabaraka al-lazi (Al Mulk)
Ya Allah, peliharalah kami daripada keadaan tersebut dengan kurniaan dan anugerahMu.
Apa pandangan anda mengenai artikel di atas?
Sila tuliskan di ruang komen dan klik butang share untuk manfaat bersama!
2 comments
Zul yusoff
JOM BACA SURAH ALMULK & SURAH ASSAJDAH
“Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif lam Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihil Mulk”
https://www.facebook.com/Surah-As-Sajdah-1568065293515676/
https://www.facebook.com/surahalmulk1/
Raudhah RoslaniAuthor
Ya betul! terima kasih share bersama kami!