Resepi Thai Seafood Spaghetti ala Secret Recipe!
Assalamualaikum dan salam jumaat semua!
Semua orang mesti pernah dengar nama Secret Recipe kan? Kalau saya pergi ke Secret Recipe, setiap kali saya mesti akan order Thai Seafood Spaghetti. Memang kegemaran saya adalah spaghetti di tambah lagi dengan seafood…umpph memang lazat sungguh!
Kebetulan pula kembar saya balik kampung suaminya di johor. Disana ada pasar sabah yang merata orang jual kupang yang segar-segar. Sebesar tapak tangan! Murah pula tu 1kg rm4 je! Jadi apa tunggu lagi, kita borong lah! hehe
Tiba-tiba anak buah yang sulung minta nak makan spaghetti. Disebabkan esoknya hari pertama dia sekolah masuk darjah satu, jadi kita pun beli lah bahan cadang nak masak dengan kupang yang dibeli borong tu. Nak masak Thai Seafood Spaghetti ala Secret Recipe lah!
Rasa nya tak lah sebijik macam di secret recipe. Tapi hampir sama lebih kurang..puas hati makan sebab masak sendiri. Boleh jamu orang lain pulak lagi.
BAHAN-BAHAN:
Kupang segar (dibasuh bersih. saya celur sekejap dengan garam dan halia)
Udang segar
Spaghetti (dicelur hingga al dente)
Minyak masak (saya guna minyak zaitun)
Bawang putih (ditumbuk)
Kicap masak
Basil / daun selasih
Daun limau purut (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun oregano (dihiris halus)
Lada hitam
Cili kasar
Sayur brocolli
Tomato ceri (potong separuh)
Cendawan butang (dipotong halus)
Garam
Sedikit air perahan limau
CARA-CARA:
Tumis bawang putih bersama minyak hingga kekuningan. Masukkan daun basil, daun limau, daun sup, daun oregano, lada hitam dan cili kasar. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap masak 2 sudu besar, garam, sayur brocolli, tomato ceri, cendawan dan udang. Tunggu hingga udang masak dan brocolli al dente kemudian masukkan kupang segar dan gaul. Akhir sekali masukkan air perahan limau, spaghetti dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang!
Sangat mudah kan?
Selamat mencuba!
Apa komen anda? Tuliskannya di ruang komen dan share untuk kebaikan bersama!
Baca artikel mengenai Kelebihan Surah Alwaqiah di –> sini!
One comment
Sherenashe
Assalamualaikum, nak tanya. Kalau nak bagi dia lagi masam dan pedas tambah apa ye?