Pernah tak terfikir macam mana kalau esok pagi matahari terbit dari barat? Atau macam mana kalau hari ni hari terakhir kita di dunia? Nanti Allah hantar malaikat soal kita. Kalau kita terkandas, mana perginya taubat?
Perkataan manusia adalah asal dari perkataan bahasa arab iaitu ‘nasiya’ yang memberi makna lupa, leka dan alpa. Sebagai manusia yang mudah leka, kita kerap melakukan dosa samada dosa besar atau kecil. Terangan atau sembunyi. Bersendirian atau beramai-ramai. Kalau seseorang tu merenungkan kehidupan sehariannya pada tiap-tiap hari dengan niat untuk islah (baiki) diri, maka dia akan ‘nampak’ kesalahan dan dosa yang perlu dibaiki. Jadi mana perginya taubat kita? ada tak kita berusaha untuk minta Allah maafkan kita?
Ada juga mereka yang ingin bertaubat, tetapi dia tertanya-tanya Allah nak terima ke taubat saya? boleh ke orang macam saya jadi baik?
Nabi SAW bersabda :
الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَاحَاكَ فِيْ صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Kebaikan itu ialah akhlaq yang baik, dan dosa pula ialah apa yang mendebarkan di dalam dada kamu dan kamu tidak suka jika ianya diketahui oleh orang ramai.
(hadith riwayat muslim)
Jadi macam mana nak taubat?
1) MENYESALI AKAN PERBUATAN KEJI YANG LALU 
Bila kita ingin bertaubat kerana sesuatu kesalahan, maka wajarlah kita menyesali akan perbuatan kita yang lalu. Dan berazam tidak akan ulangi lagi perbuatan itu. Wujudkan dalam diri niat untuk berhijrah.
klik sini untuk artikel (Sudahkah anda berhijrah?)
2) BANYAKKAN ISTIGHFAR
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.” (Al Imran : 135)
Nabi SAW bersabda :
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفارا كثيرا
Berbahagialah bagi siapa yang mendapati di dalam buku catitan amalnya istighfar yang banyak.
3) AMALKAN SOLAT TAUBAT
Istiqamah untuk dirikan solat sunat taubat setiap hari. Pijak nafsu malas dan bangun untuk solat sunat taubat. 2 rakaat setiap hari bukanlah satu perkara yang susah untuk diamalkan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
4) DEKATKAN DIRI DENGAN ORANG SOLEH
Sabda Nabi SAW :
إِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ
Sesungguhnya kelebihan seorang alim ke atas seorang ‘abid adalah seperti kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-bintang.
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu. maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak. (hadith riwayat Tirmidzi, Ahmad, AdDarimi, Abu Daud)
5) YAKIN DENGAN RAHMAT ALLAH 
Allah SWT yang mempunyai 99 nama. Nama yang paling awal kita sebut dalam Asma’ul Husna Ar Rahman (Maha Pengasih) dan Ar Rahim (Maha Penyayang). Allah SWT sayang pada hamba-hambanya. Dia telah berikan kita rezeki yang tak mampu dihitung, atau ditulis.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang panjang, kasih sayang Allah pada hambanya, 70 kali lebih sayang daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
Jadi kita perlu yakin yang Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dia Maha Mendengar bila kita bertaubat atau minta ampun.
Allah bukakan pintu taubat, bagi peluang pada kita sebelum tibanya kiamat.
Share dan tinggalkan komen anda di bawah!
Add comment
You must be logged in to post a comment.